bilangan pengunjung

KENAPA KITA MENANGIS...


Bismillahirrahmanirrahim..
Salam ukhwah..

Selamat bercuti kepada semua pensyarah2 KMNS terutama kepada pensyarah unit Kemahiran Dinamika..semoga cuti ni dapat kita hilangkan sgl stress yg ada…huhu..(kot2 saya sorang je yg stress) dan tk lupa juga kepada semua pelajar KMNS..selamat bercuti…


Hari ini pasti berbeza bg setiap orang…dan hari ini, hari saya dibangunkan dengan satu persoalan…

KENAPA KITA MENANGIS? (huhu…mungkin pakar psikologi blh menjawab soalan ni) maaf kerana apa yg saya ingin kongsikan bkn lahir dari kajian pakar psikologi…tp hasil dr pembacaan dan pendapat insan kerdil cuma….wawawa


Cuba kita tanya diri kita, bila kali terakhir kita menangis? Kenapa kita menangis, adakah kerana mendapat berita yg buruk atau kerana mendapat berita gembira? Adakah kerana menyesali sesuatu?
Kenapa air mata jadi begitu murah apabila menonton rancangan Akademi Fantasia, Mentor, filem cinta, bla..bla.., kenapa air mata jd begitu murah bila bergaduh dengan kekasih hati…kenapa air mata jadi begitu murah bila kita tak dapat sesuatu yg diimpikan…kenapa air mata begitu murah bila hati kita terasa sakit?
Apa yg kita dapat dengan menangis? Adakah masalah kita selesai selepas kita menangis? Jawapannya sudah tentu tidak…saya tertanya-tanya: jadi kenapa perlu menangis? Kerana kita manusia yg lemah…kita perlu menangis…tidak salah kita menangis. (ketika ini saya terfikir, adakah manusia yg tk pernah menangis di dunia ni?)

Tetapi pernahkah kita bertanya, “wahai diriku yg jahil, berapa kali aku menangis kerana mengharapkan keredhaan Allah? Berapa kali aku menangis kerana besyukur atas nikmat yg Allah berikan kepadaku setiap hari? Berapa kali aku menangis kerana takutkan pembalasan atas segala dosa-dosa yg aku lakukan?” (persoalan ini pernah saya bc dalam sebuah artikel) Mungkin jawapan kita berbeza-beza.. yg ada.. Alhamdulillah, yg tiada..mungkin masanya untuk kita berfikir kembali, betapa kita telah jauh dari Nya.

Dan saya bertanya lagi: “Kenapa aku sering menangis kerana manusia, tapi aku tak pernah menangis kerana Mu…kenapa aku acapkali menangis kerana dunia, tapi tak pernah menangis kerana akhirat…kenapa aku selalu menangis kerana filem-filem cinta, tapi aku tk pernah menangis kerana ayat-ayat cinta Al-Quran Mu..” pernahkan sahabat dan adik2 terfikirkan persoalan ini? persoalan inilah yg tiba2 muncul dalam fikiran saya hari ini…hati saya jadi begitu sebak..(adakah saya sedang menangis?) Tidakkah kita rasa malu pada Dia… Sedangkan Dia yg menciptakan air mata (bahkan Dia yg menciptakan kita)…jadi mengapa air mata kita tiba-tiba jadi begitu mahal untuk dikeluarkan apabila menghadap Al Khaliq, mengapa jadi mahal ketika mendengar ayat suci Al-Quran dan mengapa jadi mahal apabila melakukan dosa? Mengapa kita terlalu kedekut untuk menitiskan air mata untuk-Nya? Apalagi menangis kerana merindukan Nya, jauh sekali, bukan?

Sesungguhnya tiada tangisan yang lebih mulia dari tangisan seorang hamba yg meratap mengharapkan keredhaan daripada Tuhannya.. marilah menangis kerana-Nya.. Menangislah…Wallahualam…

HIDUP BUKAN RAHSIA...


Bismillahirrahmanirahim..peace to all…salam kepada anak2didik
(mohon maaf kpd moderator, bahasa yg digunakan agak santai)


Pernah tak anda membaca sebuah buku, dan kemudiannya membuatkan anda berhenti dan berfikir sejenak? Atau pernahkah anda membaca buku yang anda rasa buku itu menceritakan kisah anda, di mana anda sebagai watak utamanya…(jeng..jeng..jeng…ceh, penuh dgn kontroversi dan thrill pulak rasenye intro posting kali nih…)

Just kali ini, saya nk share tentang sebuah buku yg bertajuk "Life is an Open Secret"..karya Zabrina A. Bakar…buku yg mengandungi 18 kisah inspirasi dari pengalaman hidup..sesuai untuk motivasi bagi kita yg mungkin dah rasa burn out or dah rase macam keropok lemau…hehe. Mari kita fresh2kan minda kita sefresh orange..huhu…alhamdullilah, saya dah pun habis baca, and actually bg saya buku ni sebenarnya lebih kepada rahsia2 kejayaan hidup yg sebenarnya bukan rahsia pun, tetapi kita sering telepas pandang…hurm, that’s why la agaknya tajuk buku ni life is an open secret…hidup bukan rahsia…hidup adalah rahsia yang terbuka.. (teringat lagu siti tu…seumpama naskah yg terbuka, sesungguhnya tiada rahsia..bacalah, kenalilah..dgn bijaksana…opps..berkaraoke la plak)..hurmmm..rugi kalau kita tak belajar something dr pengalaman hidup kita dan pengalaman org lain di sekeliling kita. Saya tiba2 teringat kepada seorang bekas pelajar saya yang mempertikaikan kenapa pelajar repeaters dihantar ke kolej Kedah dan kebetulan masa tu saya belum ada jawapan yg kukuh..jadi sy cuma berikan jawapan mudah: supaya mereka yg mengulang dapat suasana baru, dapat pengalaman baru di tempat yg baru. tp jawapan tu tidak memuaskan ht pelajar td..alasannya, Kedah terlalu jauh dan akan lebih menyusahkan mereka..yup, tp sy  terus mengingatkannya, ilmu bkn hanya datang melalui buku tetapi ilmu jg datang dari pengalaman hidup..belajar sesuatu dr pengalaman hidup mungkin lebih tinggi nilainya dari belajar sesuatu melalui tulisan di dalam buku...(huhu...tak pasti adakah semua orang berfikir begini)

sebab itu kita mungkin akan menjadi orang yg rugi jika kita tidak belajar dari pengalaman hidup, kita akan jadi orang yg rugi jika kita enggan ambil iktibar dari setiap apa yg berlaku sehari-hari..24 jam sehari.. mustahil tidak ada sesuatu pun yg mampu kita renungkan dan mempelajari sesuatu tentangnya. Sedangkan apa yang berlaku di sekeliling kita bukan rahsia.. yup,memang kita termasuk dalam kalangan org2 yg kerugian kecuali orang-orang yang berpesan pada kesabaran dan kebenaran)

 Sebenarnya setiap kali habis membaca setiap chapter, saya terfikirkan penulisnya..kagum! kagum dengan cara pandangan beliau terhadap apa yg berlaku di sekeliling beliau..senang cakap, beliau mmg seorang yg positif thingking…patut pun di cover depan buku ni ade tajuk kecil yg bebunyi ‘Think About It’.. fikirla dgn bijaksana…huhuhu..bagaimana caranya untuk kita menjadi seorang yg sentiasa berfikiran positif, bagaimana caranya untuk menjadi seorang yg sentiasa bermotivasi…cukupkah sekadar membeli buku2 motivasi dan kemudiannya kita baca? cukupkah sekadar membaca atau mendengar kisah2 motivasi?? fikir2kan dan renung2 kan...

bisikkan ke hati... "Hari ini milikku"


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: "wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kau tak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kau telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi."

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu: esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan...


biarlah hari-hari berlalu... Lapangkan jiwamu, pasrah takdir ILAHI. Jangan bosan bersabar...

Hala tuju Selepas Peperiksaan


Kepada semua anak-anak didik yang dikasihi,

Peperiksaan menjelma lagi dalam hidup anda. Bagi mereka yang telah membuat persediaan yang rapi pastinya mengharapkan keputusan yang memberangsangkan manakala bagi mereka yang membuat persediaan pada saat-saat akhir mungkin beranggapan keputusan cukup makan sudah memadai.

Persoalan yang hendak dilontarkan di sini ialah hala tuju selepas peperiksaan.

Kalau dah ada kelulusan nanti nak buat apa ?


Perancangan kerjaya anda bermula dari sekarang. Langkah-langkah berikut mungkin dapat digunakan dalam merencana kehidupan anda!

Langkah 1 :
kenali diri sendiri

Langkah 2 :
meneroka pilihan

Langkah 3 :
buat keputusan

Langkah 4 :
ambil tindakan

•Sekiranya anda memilih untuk tidak membuat keputusan, anda tetap dan sudah membuat satu keputusan.
•Ingatlah! Apa yang lebih penting adalah menjadi ‘orang yang berguna’. Orang yang berguna tidak boleh diukur dengan sekeping ijazah semata-mata.

•SELAMAT BERJAYA…………..Amin Ya Rabbal A’lamin


Selamat Menghadapi Peperiksaan..


Selamat Menghadapi peperiksaan..

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan semester I bagi pelajar KMNS sesi 2009/10. Kami warga Unit Kemahiran Dinamika mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada samua pelajar KMNS yang mengambil peperiksaan tersebut, semoga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Genggam bara biar sampai jadi abu...

Tahniah KU kami...


Tahniah di ucapkan kepada Ketua Unit kami En. Muhammad bin Nordin yang baru-baru ini telah menerima ijazah master dalam bidang Sosiologi Pendidikan UPM, semoga kejaya En. Muhammad menjadi pencetus semangat kepada kami semua untuk meniti kejayaan terutama kepada adik-adik pensyarah unit ini yang masih muda. Teruskan perjuangan kawan...


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami pensyarah-pensyarah Dinamika Kemahiran KMNS mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pengunjung-pengunjung.

Semoga Aidilfitri tahun ini menambahkan keinsafan kepada kita setelah menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan yang lepas.

Aidilfitri itu sendiri bermaksud hari raya fitrah, iaitu meraikan kejayaan kita kembali kepada fitrah. Manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan. Mudah-mudahan dengan menyambut hari raya fitrah kali ini jiwa kita kembali seperti baru dilahirkan tanpa ada perasan riak, ujub dan bangga diri dengan kelebihan-kelebihan kita. Mudah-mudahan kita jauh dari penyakit-penyakit hari seperti hasad, dengki, marah, benci dan buruk sangka sesama kita, insyaAllah.

Selamat datang ke Blog Unit Kemahiran Dinamika, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)


Salam dan Selamat Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua ke blog ini. Hari ini adalah hari pertama pelancaran blog unit kami.

Unit Kemahiran Dinamika adalah salah satu dari unit yang terletak di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas KMNS. Unit ini buat masa ini terdiri daripada seorang Ketua Unit, seorang Pensyarah Kanan dan lima orang Pensyarah.

Diharapkan sokongan dari pengunjung-pengunjung dan doakan blog ini membangun dan berkembang dengan pesatnya.

Ucapan

Followers